Salam, blog ini diwujudkan bagi menjawab segala keraguan, kekusutan dan sejarah peristiwa paling kontroversi pada tahun 1998. Hanya yang benar lagi benar berpaksikan hujah dan bukti bagi menentang segala hipokrasi, pembohongan insan munafik Anwar Bin Ibrahim. Yang hak tetap hak yang batil akan lebur. Hanya kuasa Allah yang akan menentukan di mana kita berada.
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT, KITA HARUS BERANI BERSUARA bagi menentukan di mana kedudukan pemimpin kita samaada di singgahsana atau dicantas di mahkamah dunia.

SAMA-SAMALAH KITA MEMANJATKAN DOA AGAR KEBENARAN DIDATANGKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA OLEH ALLAH S.W.T BAGI MENYELAMATKAN BUMI MALAYSIA DARI PENGKHIANAT NEGARA....

SALAM PERJUANGAN DARI UMMI HAFILDA BINTI ALI

Thursday, April 21, 2011

ASSALAMMUALAIKUM,APA KHABAR SEMUA, MAAF DAH LAMA TAK MENULIS,SIBUK YG AMAT

Assalammualaikum, apa khabar semua, di harap anda semua berada dalam rahmat dan hidayah dari yg maha esa siapa yg benar siapa yg salah, teruskan doa tanpa henti, saya baru saje habis baca yasin di malam jumaat yg mulia ni, sedekah kan buat rasululah dan keluarga, pada arwah bapa, bonda,keluarga, agama, bangsa dan negara.

Dah lama saya tak menulis, kerana terlalu sibuk yg amat dipanggil berceramah disana sini di seluruh negara terutama membantu bn berkempen di sarawak, tak disangka sambutan penduduk sarawak ke atas saya di luar jangkaan mereka menjerit-jerit memangil nama saya, bertepuk sorak tanpa henti dan menyahut hampir kebanyakan ayat saya dengan semangat juang yg berkobar kobar seolah olah mcm saya pulak calun disitu.diantara kawasan yg menang di mana saya turut serta membantu seperti di demak laut,masin mulut saya , dimana saya kata inshaalah dr hazlan menang dan bakal Yb, akhirnya diizinkan oleh Allah, begitu juga di sibu, kg nangka,dalam keadaan hujan lebat orang ramai tak berganjak mendengar ceramah saya dan alhamdulilah dr anuar menang disitu.Amin, amin pertolongan allah pada yg benar walau kami di fitnah yg amat dahsyat oleh dajal dajal diakhir zaman.

pengalaman yg tak dapat saya lupakan ketika menyeberangi sungai dengan bot kecil, ditengah malam yg gulita untuk pergi ke kampung pendalaman dimana dibawahnya dikatakan beribu buaya bahkan baru dua bulan membaham seorang imam dan kanak kanak 12 tahun mengikut cerita orang disitu. kecut perut saya mendengarnya, tetapi demi tutuntutan perjuangan menegakkan kebenaran , saya hanya bertawakal pada allah semoga perjalanan kami dilindungi.

Aljurb begitu gigil untuk bertembung dengan saya setelah pengalaman perit dia di kerdau dahulu, dimana mana kawasan yg sepatutnya kami bertembung sijuburin memendekkan ceramah hanya 15 minit sebelum bergegas pulang.Siputar alam mcm tu lah dah nak masuk kubur pun masih nak buat kerja terkutuk dan menghuru harakan negara, dia peduli apa,kot mana pun dia anak beranak tetap kaya raya , kalau tak mana datang duit hidup dimahligai yg berjuta ringgit dengan segala perabut mewah di banglo disegambut tu,kata konon bila berhenti hanya proton cabuk, tapi poorah, cakap mcm lidah biawak .Namun tanpa diduga saya satu kapalterbang dengan dia serta isteri munafik dia tu , dah 12 tahun tak bertembung muka , akhirnya didepan mata, tapi sisepat kering tunduk setunduk tunduknya, mungkin malu dek isu video seks laki dajalnya dengan pelacur tapi saya sempat menghemburkan satu perkataan yg tepat dengan sidajal lalu dia tunduk saje takut dimaki seterusnya .Apa pun penyokong tegarnya nak kutuk saya, saya tak peduli, yg penting saya tau saya dipihak yg benar lagi benar.

Dato najib, saiful dan saya dah pun bersumpah laknat didepan ribuan manusia menafikan semua fitnah dajal yg melampau, tapi mereka terus memfitnah, maka tak kan saya ampunkan perbuatan mereka itu didunia dan diakhirat, biarlah mereka terima hukum karma dari allah.Kenapa si dajal sampai hari ni takut sangat nak bersumpah laknat, sedangkan ketika rasululah difitnah oleh kaum nasrani, beliau juga telah masuk kedalam masjid dan memegang mushraf yakni alquran sambil melafazkan waulahi, wabilahi, wataulahi, so kenapa pulak nak dikeji dan dipertikaikan sumpah kami.Lu pikir lah sendiri, kalau hati dah hitam kerana dek dosa dan hati serta lidah yg jahat, maka sudah pasti tidak diberi hidayah oleh Allah swt.

Apa pun buat penyokong setia saya terimakasih yg tidak terhingga di atas nasihat, sokongan, serta doa.Alhamdulilah, moga allah terus melindungi bumi bertuah ini dari dajal diakhir zaman dan pengkhianat negara seperti an war aljurb.

Temui anda di lain lembaran.