Salam, blog ini diwujudkan bagi menjawab segala keraguan, kekusutan dan sejarah peristiwa paling kontroversi pada tahun 1998. Hanya yang benar lagi benar berpaksikan hujah dan bukti bagi menentang segala hipokrasi, pembohongan insan munafik Anwar Bin Ibrahim. Yang hak tetap hak yang batil akan lebur. Hanya kuasa Allah yang akan menentukan di mana kita berada.
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT, KITA HARUS BERANI BERSUARA bagi menentukan di mana kedudukan pemimpin kita samaada di singgahsana atau dicantas di mahkamah dunia.

SAMA-SAMALAH KITA MEMANJATKAN DOA AGAR KEBENARAN DIDATANGKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA OLEH ALLAH S.W.T BAGI MENYELAMATKAN BUMI MALAYSIA DARI PENGKHIANAT NEGARA....

SALAM PERJUANGAN DARI UMMI HAFILDA BINTI ALI

Thursday, December 23, 2010

PART 2 ! BACA, FIKIR GUNAKAN AKAL, RENUNGKAN DAN NILAIKAN.

Assalammualaikum,apa khabar semua, terharu saya membaca segala kata-kata dorongan,nasihat, pujian ,semangat dan doa yg tidak henti-henti dari anda semua, hamba pilihan Allah swt yg telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa.Amin, amin, alhamdulilah hanya Allah yg balas kebaikan anda semua dan terimakasih kerana berbaik sangka dengan saya. Siapa lah saya, insan yg kerdil yg tak punya kuasa, cuma semangat juang menentang kemungkaran yg berapi-rapi  terhadap insan paling munafik di atas mukabumi ini.Nauzubilah minzalik dari dia terus mara kedepan.Laknatullah dari Allah sekiranya kita terus menghalalkan cara.

Maka bersambunglah cerita kita ya, bagi yg baru membaca topik ini jangan lupa buka Part 1, dan baca fakta dari 1-7, amat-amat penting bagi anda faham kronologi rentetan sejarah yg paling kontroversi diabad ini.
Mari, kita bersama-sama mengupas fakta-fakta dan hujahan berikut dengan hati yg terbuka.

PERSOALAN KE LAPAN (8)????????
Kenapa terlalu banyak kejadian ngeri terjadi sepanjang menegakkan kebenaran ini, siapakah dalang disebalik konspirasi keji ini yg terjadi kepada berapa saksi?Namun alhamdulilah Allah masih menyangi kami, walaupun ketika itu situasi ibarat nyawa di hujung tanduk diantara hidup dan mati, namun kecekalan hati dan penyerahan diri yg tidak berbelah bagi kepada Ilahi mengatasi segala-galanya. Bahkan dalam banyak keadaan perasaan berkobar-kobar seperti seorang pahlawan yg ingin kemedan perang menguasai diri, berkat mukjizat amalan ayatul kursi yg meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi sebanyak 170x sekali duduk selepas tahjud mengambil masa satu jam setengah sebelum kemahkamah menguasai diri. Begitulah hebatnya pertolongan Allah swt dan mukjizat alquran, kalau tidak mungkin dah lama mati tanpa pertolongan yg Maha Esa, berapa kali ugutan bunuh yg dihantar kepejabat saya beserta peluru hidup,ada satu ketika kepala kucing yg baru disembelih beserta darah sekali diletakkan didepan pintu rumah dgn perkataan kau akan mampus dalam masa 3 hari,kereta merz saya dibakar hangus ,patung-patung mainan beserta darah dan ugutan bunuh banyak kali diterima, bahkan yg paling dahsyat bom jangka juga diletak ketika saya ingin berceramah di kedah, mujurlah naluri hati ini amat kuat berkat amalan ayatul kursi, bila naik saje hati saya berdebar-debar, jantung saya mcm nak pecah, maka saya meminta pihak polis memeriksanya, dan terbukti nyata sememangnya ada , kalau tidak dah jadi Benazir Bhuto tinggal kenangan dalam lipatan sejarah .Amin, amin allah masih mahu saya berjuang hingga ketitisan darah yg terakhir dalam isu insan munafik ini dan pengkhianat negara no 1 ini.ALLAHHUAKHBAR 7x BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN INI DI LUAR JANGKAANKU KU DGN MUKJIZAT AYATUL KURSI INI YG MELIPUTI 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI. Ketajaman ayatul kursi ni kalau diamalkan ia mengatasi ketajaman mata pedang bagi berhadapan dgn musuh yg dahsyat ini dengan syarat kita di pihak yg benar, bukan mengianaya bukan memfitnah.Bahkan banyak kelebihannya yg lain yg hanya ALLAH MAHA PEMBERI KEPADA SIAPA YG DIKEHENDAKINYA.

Begitu juga terjadi kepada azizan di mana kereta kancilnya (kata aljuburin kami dapat juta-juta tapi azizan masih pakai kancil dan hingga kehari ini masih menjadi pemandu kepada sebuah syarikat cina) , telah dirempuh oleh sebuah kereta pacuan 4roda dan mengakibatkan isterinya yg sarat mengandung terbunuh ditempat kejadian.Alfatihah untuk arwah, moga syahid baginya kerna perjuangan suami.Ketika itu juga Dato Aziz Samsudin juga terlibat dalam kemalangan yg tidak dijangkakan dimana tayarnya tercabut ketika menyusur dijalanan dan menyebabkan isterinya juga turut terbunuh.Kereta saya juga banyak kali mengalami tayar longgar dan pancit , mujurlah beberapa pekerja saya yg menemani sering melakukan pemeriksaan tayar sebelum memulakan perjalanan. Bahkan dalam satu insiden kejar mengejar antara saya dengan beberapa gengster disetapak, menyebabkan saya terpaksa meninggalkan kereta saya ditempat pembuangan sampah dibelakang bangunan dan berlari masuk kesebuah kedai cina berdekatan memohon pertolongan, dan saya sempat menyorok dibawah meja nya dan meminta kerjasamanya menafikan kehadiran saya disitu.Shukur Allah takdirkan walau tidak sebangsa dan seagama, tapi dia berhati mulia membantu menyelamatkan saya.So dont judge the book by its cover, jgn nilaikan buku itu hanya dari kulit luarannya sahaja tetapi isi dalaman dan ilmu yg dapat kita pelajari dari dalamnya.

Jadi bagi pendapat anda siapakah gerangan angkara durjana ini ? Saya tidak mahu menuduh tapi lu pikirlah sendiri...............Apa pun sebagai orang islam kita redha  di atas ketentuan Yang Maha Esa, kalau setakat itu sahaja hayat kita, tidak ada satu umat pun yg akan dapat menyelamatkannya.Namun selagi hayat masih ada, harus kita bertanya, apa tujuan kita dijadikan di atas mukabumi ini, sama-sama kita renungkan.

Tiba-tiba sahaja jiwa saya menjadi tersentuh, hati saya meruntun sayu yg amat sangat membaca pelbagai sokongan dan nasihat yg amat-amat positif dari anda semua, tanpa disedari air mata seperti hujan membasahi bumi tanpa henti.Subhanaullah, alhamdulilah, Allahhuakhbar, kalau dahulu saya berseorangan diri kecuali doa ibu, kakak-kakak dan ipar duai menghadapinya, namun ketika ini saya yakin dan percaya ramai yg turut berdoa serta merasai keperitan dan kesedihan saya yg amat sangat, kadangkala tak terbendung dengan kata-kata, saya tidak dapat mengelak dari menceritakan segalanya kerana kebetulan berhubung kait dengan keluarga, apakan daya saya, namun saya tidak rela sidurjana terus bermaharajalela, mana lebih penting menyelamatkan agama, bangsa dan negara atau menutup perbuatan subahat abang kandung sendiri dgn sidurjana. YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPINYA, DAN BERIKAN KEBENARAN DI ATAS APA YG KU PERJUANGKAN INI DEMI AGAMAKU, BANGSAKU DAN NEGARAKU.AMIN.Baru sebentar menalipon ibu tercinta, tak perlu berkata-kata hanya saya menangis dan menangis semahunya, kerana dialah sahaja yg faham diatas segala keperitan jiwa, hanya setelah reda tangisan saya, ibu saya yg bernama hajah che tom menasihatkan saya ,biar apa pun orang kata, yg penting nawaitu kita terhadap Allah Swt,inshaalah mak doakan segalanya selamat,cukup bagi saya penawar di kala duka, itulah doa ibu moga di malam jumaat ini nanti aku sedekahkan dengan bacaan Yasin untuk arwah abah dan jutaan rahmat kepada ibu tercinta.Amin

46 comments:

Anonymous said...

Apakah itu suratan?
Apakah itu kebetulan?

"Too much of a coincidence to be a coincidence"

tkali said...

La ni, ummi kena lebih hati2, mari kita doakan selepas solat semoga Allah beri kesejahteraan pada ummi... teruskan perjuangan!

matatelinga said...

Salam Ummi & semua,

Saya baru terbaca article 'Anwar's 17 Nights of Terror', di blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ posting 12/8/2010, menceritakan kronologi bagaimana si keparat Anwar menyalahguna kuasanya untuk menjejak dan mengugut Ummi dan Azizan dulu.... AMAT MENGEJUTKAN....SHOCKING...
Disarankan semua baca, terutamanya penyokong tegar Anwar, supaya boleh menilai.
Syabas Ummi atas ketabahan mu...semoga sentiasa dilindungiNya.

Abdul Hayee said...

SAYA PANJATKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAALA KERANA TELAH MENYELAMATKAN UMI UNTUK MEMBOLEHKAN UMI MEMBONGKAR SEGALA PERISTIWA BENAR YANG BERLAKU PADA DIRI UMI DAN ORANG LAIN YANG TERBABIT.UMI TELAH DIPILIH ALLAH UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA INI DARIPADA DIPIMPIN OLEH SEORANG PENIPU, PELIWAT DAN PENZINA. MALAYSIA BOLEH HANCUR KALAU ANWAR JADI PEMIMPIN. ALLAH MAHA MENGETAHUI. ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA. SYUKUR ALHAMDULILLAH. AMIN!!!!

SIAPA JUGA YANG TAK MENGENALI ANWAR SECARA MENDALAM AKAN MUDAH TERPENGARUH APABILA MENDENGAR UCAPANNYA.

KALAU ANWAR BERCERITA TENTANG POKOK KELAPA KEPADA TIGA ORANG YANG BERLAINAN, MAKA CERITANYA TIDAK SAMA. PADA SI A DIA AKAN KATA POKOK KELAPA ITU MEMPUNYAI BUAH 20 BIJI. KEPADA SI B DIA AKAN KATA POKOK KELAPA YANG SAMA MANDUL, TAK BERBUAH LANGSUNG. DAN KEPADA SI C DIA AKAN KATA POKOK ITU TIDAK BERDAUN.

TETAPI KALAU PEMIMPIN YANG JUJUR SEPERTI TUN DR MAHATHIR, DIA AKAN BERITAHU PERKARA YANG SAMA TENTANG POKOK KELAPA KEPADA KETIGA-TIGANYA.

MAKA TIDAK HAIRANLAH APABILA ANWAR MENGHUBUNGI ZAHID MD ARIF (CUCU TUN GHAFAR) BAHAWA DIA INGIN SANGAT NAK BERJUMPA TUN GHAFAR UNTUK MEMOHON MAAF KERANA TELAH MENIPU BELIAU MASA PERTANDINGAN JAWATAN TIMB PRESIDEN UMNO DULU DAN DIA MINTA ZAHID ATURKAN PERJUMPAAN ITU, DIA TIDAK JUJUR SEBENARNYA KERANA KEPADA ORANG LAIN DIA BERITAHU BAHAWA TUN GHAFAR SEBENARNYA YANG HENDAK BERJUMPA DENGAN DIA UNTUK MOHON MAAF KEPADANYA. BILA DIKETAHUI PEMBOHONGANNYA, PERJUMPAAN ITU DIBATALKAN.

KALAU NAK DISENARAIKAN PEMBOHONGAN ANWAR BOLEH BUAT SATU BUKU.

KEPADA PENYOKONG ANWAR, BACA, FIKIR GUNAKAN AKAL, RENUNGKAN DAN NILAIKAN DAN MOHON PADA ALLAH DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH.

Anonymous said...

..perjuangan yang masih diteruskan...demi mendukung suatu kebenaran...atas nama suatu keadilan.....

apa kah 'mereka' rasa 'mereka' boleh menentukan untung nasib seorang makhluk....sedangkan mereka sendiri tidak mampu...dan tiada daya untuk menentukan untng nasib mereka sendiri...kerana mereka sendiri adalah makhluk...

sesungguhnya....ketentuan itu adalah hak mutlak Allah....Penentu akan tiap ketentuan.....

wallahu'alam....

longlantang said...

istiqomah,istiqomah,istiqomah kak umi!

Anonymous said...

kak ummi...semasa Tun Mahathir memecat anwarzionist...aku sikitpun tak rasa anwar tu tak bersalah...walaupun umur aku masa tu baru 21 tahun..pada aku anwar bukan maksum.. hanya manusia biasa yang gila kuasa gila harta...kesian kat Tun Mahathir..madu di balas tuba...
Semoga Allah merahmati Kita semua..dijauhi malapetaka...dari manusia durjana yang hanya tahu memporakperanda..hanya kerana nama dan kuasa..nasib bangsa peduli apa..Malaysia tergadai pun tak aper..asal jawatan PM aku punyer...haprak..apa punya ummat nabilaa. si Anwarzionist...

Noor Faiza said...

Tidak dapat dinafikan, walau tiada bukti kejadian tersebut adalah angkara Aljuburin dan konco-konconya.

Sedih betul kemalangan yang menimpa Azizan dan Dato Samsudin yang mengakibat kematian orang tersayang.

Bagaimana pula Dr Ristina dan Khalid Jefri?

Saya betul-betul terkejut dengan fakta ke-8 dari Ummi.

Teruskan Srikandi7..

Anonymous said...

betul, kak ummi perlu berhati2.. terbaru ustaz yg mendedahkan mengenai isu zina ADUN PAS dilanggar keretanya dr belakang..

Anonymous said...

Sis.... maaf jika kata2 saya ini bunyi nyer agak kasar, tapi takda niat untuk menakutkan sis.

Diharap2 sangat sis dapat mengeluarkan kisah2 ini secepat mungkin supaya kitaorg dapat tau.. jgn disimpan walau sekecil kuman. bukan apa dari cerita sis diatas memang menggerunkan dan sangat2 merbahaya kan sis.. sekurang2 nyer jika apa2 terjadi pada sis kitaorg tau cerita sebenar..

kalau bole sis panggil azizan dan rakamkan video dan publish dlm blog nih...

Apa2 pun semoga sis dilindungi Allah setiap masa.. amin!!
(tiap2 hari den buko blog nih.. jgn lamo2 sis.. tak sobar raso nih)

Anonymous said...

salam

ummi - hanya kata2 yg lahir dr hati yang jujur akan jatuh terus tanpa hijab kehati orang lain pula.

teruskan berkata benar walau pahit bg ummi utk bercerita ttg keluarga sendiri (terutama abang yg sgt ummi kasihi) dan sangat pahit pula bagi kami rakyat malaysia utk menerima hakikat bahawa dikala sedang kita bersuka-ria dan bersenang lenang dgn keluarga - bahkan tengok cerita barat 24 hours lah, bourne identity lah - rupa2nya ada saudara seagama kita ditanah air sendiri hidup macam pelarian...diburu, diancam bunuh dll

maafkan saya ummi kerana saya tidak tahu kesusahan anda selama ini.

selepas ini saya akan senantiasa berdoa utk kesejahteraan semua rakyat malaysia.

semoga kita dipimpin oleh orang yang benar2 layak yg membawa keadilan utk semua.

** airmata mengalir ketika taip posting ini sebab sebenarnya dah tak tahu macam mana nak explain kat orang lain akan kedurjanaan makhluk yg satu ini. dan amat takut jika negara boleh jatuh ketangannya. zinoist terkutuklah dibelakang semua ini.

HHalem said...

“hamba pilihan Allah swt”.

Sekali baca bunyi maksudnya OK.

Dua kali baca macam bunyi “pemimpin anugerah tuhan” ketika Wan Azizah menyanjungi Anwar.

Hati-hati terhadap unsur-unsur syaitan yang gemar menghampiri manusia yang sedang marah.

Selamat berjuang.

Frm HHalem

Anonymous said...

Orang desperado sanggup berbuat apa sahaja.

Saya menasihatkan UMI supaya berhati-hati. Kadang2 ahli keluarga sendiri pun sanggup membuat inaya pada UMI. Kita tak dapat mengenali musuh tapi musuh mengenali kita.

Jadi UMI waspadalah!

Teruskan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

ALLAH beserta dengan orang yang benar.

Anonymous said...

Lepas ini UMI cuba masukkan pengalaman UMI dalam bentuk buku.
Pasti buku UMI akan menjadi best seller.

Hang Nadim said...

kalau dari luaran.. anwar ibrahim memang nampak hebat.. tapi, percaya lah.. orang ini lah yang menjahanamkan melayu, menjahanamkan malaysia.. orang yang bernama anwar ibrahim..

Anonymous said...

Sumpah Anwar kepada Tun Dr. Mahathir di perhimpunan Agong UMNO:

ANGKUT ANGKUT TERBANG KE LANGIT,
MATI DISAMBAR SI BURUNG MERBAH,
BERTANGKUP BUMI DENGAN LANGIT,
KESETIAAN SAYA TIDAK BERUBAH.

Selepas itu apa dia buat pada Tun Dr. Mahathir. Hilang jasa Tun kepadanya. Dia maki hamun Tun Dr.Mahathir. Bukan Tun menyingkir dia tetapi dia yang menyingkir dirinya sendiri dengan kelakuannya yang tidak bermoral.

Jadi nilaikanlah siapa Anwar bin Ibrahim. Layakkah dia untuk menjadi PM Malaysia?

Anonymous said...

salam

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

bila menerima ujian dari Tuhan yang sangat berat dan sememangnya kita tidak mampu utk menerima apatah lagi memikulnya..kata2 semangat utk memujuk diri dan supaya tetap bersangka baik dgn Allah ialah..."Ya Tuhan, aku redha diatas ketentuanMU, jika aku yang Engkau pilih untuk keselamatan agama, bangsa dan negara ku, tiada siapa yg dpt menghalangnya. sesungguhnya ramai lagi yang lebih warak, lebih alim, lebih hebat ilmunya dan lebih layak utk menerima ujian ini, tetapi kenapa aku yang Engkau pilih, hanya Engkau yang Maha Tahu. Lebih2 lagi aku terpaksa memberitahu keaiban ahli keluargaku hatta abang dan kakak iparku sendiri. dimana lagi hendak aku memohon pertolongan jika tidak kepadaMU..
aku redha dgn ketentuanMU...bantulah aku yang sememangnya lemah dan tidak berdaya..."

bukan senang untuk menerima takdir Tuhan apatah lagi perkara2 yang tidak menggembirakan kita kerana nafsu mudah utk mengajak kita menyalahkan Tuhan dan membawa kita jauh dari rahmatNya.

ummi berada di dalam dilema yg sungguh sadis bila masalah dalaman keluarganya menular menjadi suatu tragedi yg sungguh menggemparkan negara.

Anonymous said...

Sialan betul lah gang2 Anwar nie.

Cuba korang bayangkan kalau benda nie kena kat konco-konco diorang.
Mau nak terbalik Malaysia nie di"spin"kan. Sana zalim, sini tipu, sana konspirasi.... semua org salah dan nak zalim kat dia. TBH yg bunuh diri pun boleh jadi isu.

Pemimpin UMNO pun ramai jugak yg takut dgn Gang Anwar nie, masing2 nak jaga periuk nasi. Semua senyap jer.....

Kuasa Anwar sebenarnya berada di tangan rakyat. Kali nie biar rakyat yg menghukum Anwar Ibrahim!!!!! Tak perlu perang, semua dgn tulisan, tulis blog, nak mengundi pun kena tulis. So gunakan sebaiknya.

~ Cucu Hang Tuah

Anonymous said...

salam ummi

pemecatan anwar ketika itu memang memberikan kejutan kepada rakyat malaysia kerana cara/sebab pemecatan dan kejadian-kejadian seterusnya tidak pernah berlaku sebelum ini.

keadaan inilah anwar mengambil kesempatan spin masalah peribadi dan kelemahan diri kepada masalah negara untuk menyelamatkan diri.

ketika itu saya rasa hampir semua orang bersimpati.

sekarang ini saya yakin simpati tersebut telah berakhir dan ummi perlu ceritakan segalanya kepada rakyat malaysia.supaya rakyat malaysia dapat membuat penilaian semula.

akhir kata selamat berjuang memertabatkan agama,bangsa dan tanah air.

Anonymous said...

Hah Umi, sodap dan sonang sikit pakicik nak mbaco tulisan Umi kali ini. Nampak semakin tersusun. Toruihkan perjuangan anda. PMM sentiaso menyokong Umi.

-Pakcik Menang Motto (PMM) -

RAZIF WAHAB said...

Syabas Ummi, kamu memang Sri Kandi.... sudah tiba masanya kamu dedahkan segala bukti kukuh bagi mengekang kegiatan spinner jembalang ni.....tugas kamu amat besar, membuka mata dan minda penyokong2 jembalang ini agar pulang kepangkal jalan, selain menyedarkan semula abg kamu si Azmin yg sudah lupa diri..... jasa kamu ini akan menyelamatkan Negara, Ugama dan bangsa kamu......kesian kepada ibu kamu yg telah melahirkan Azmin.... tentu bukan begini sikap Azmin yg ibu kamu harap2kan.... kami akan terus menyokong usaha kamu yg murni... terus berjuang Sri Kandiku!!!

Salam Nora said...

salam kepada Kak Ummi...

13 tahun dulu saya masih budak2..sedara mara di KL ketika itu sume marah pada Tun M dan mereka bertindak keluar UMNO sampai sekarang kerana marah Anwar dibuat begitu. Sekarang mereka nie masih bersama Anwar dalam PKR.

Saya berada di Kelantan bersama keluarga ketika itu masih bersama Tun M, walau kami tak tahu hujung pangkal cerita. Sekarang Kak Ummi buka cerita sebenar. Tahniah pada Kak Ummi.

'Allah tidak akan membebankan hambaNya selain dengan bebanan yang mampu dipikul oleh hambaNya'

'Setiap ujian Allah dalam pelbagai bentuk adalah sebagai pengukur dan menguji keimanan dan takwa kepadaNya'

Bongkarkan lah segala muslihat/kerja jahat manusia yang akan merosakkan Agama,Bangsa dan Negara. Bagi orang muda (21-30 thn), bacalah dan fikir jangan ditipu lagi. baca juga anwaraidc.

Harap Kak Ummi boleh link kan blog2 Pembela Negara yang lain yang ada maklumat tambahan bg pembaca.

Salam perjuangan untuk Kak Ummi, demi Alif, Ba, Ta

Anonymous said...

saya cuma berharap tiada fitnah dalam cerita ni.

Anonymous said...

..perjuangan yang masih diteruskan...demi mendukung suatu kebenaran...atas nama suatu keadilan.....

biar betapa pun berat nya bahu insan yang bernama Ummi Hafilda memikul....kali ni biar lah di galas sedikit bebanan itu pada mereka yang juga mendukung kebenaran...jika tidak mampu untuk bersama secara fizikal...namun akan bersama dalam tiap doa dan solat agar dipermudahkan urusan dunia akhirat....

sekali lagi....sampaikan salam buat ibu Ummi Hafilda...yang sudah tentu tidak sesekali menoleh lagi ke belakang demi perjuangan haq...

wallahu'alam...

Wake UP! said...

Hebat apa seorang balaci Yahud?

orang lama said...

Hanya satu sahaja yg Pak Cik boleh bantu sementara ni,'AKU DO'AKAN SEMUGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI UMI, DAN TERUSKAN APA LAZIM AMALKAN LEPAS SOLAT DAN SEMUGA ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPING MU'..AMIN YARABBALNGALAMIN.....

Anonymous said...

Setiap kali selepas membaca tulisan umi, sy hanya mampu berdoa semoga Allah terus melindungi Umi dan ahli keluarga yg menyokong umi (bukn si jahanam azmin itu) serta ibu umi bagi meneruskan perjuangan menyelamatkan TANAH AIR BUMI YANG TERCINTA ini drp dimusnahkan oleh sang peliwat tegar itu.
Firasat sy insyaAllah banyak benarnya krn sejak awal cerita Anuar lgi sy merasakan ada yg tak betul dgn manusia sesumpah sekor yu. Faktanya mudah shj yg menyakinkan sy iaitu :JIKA ANUAR SEORG YG WARAK, ISLAMIK, PEMIMPIN ISLAM PEMBAWA PERUBAHAN KEADILAN, TIM.PERD.MENTERI PULA TU, TAKKANLAH BERKAWAN BEGITU RAPAT DGN TOKEH JUDI MAGNUM?? ? Berpunca drp itu shj sy mula menilai berita, kisah, kejadian dan apa2 shj yg berkaitan dgn anuar dan pembohongannya. HANYA ORG YG ALLAH TUTUPKAN HATINYA SHJ YG TAK NAMPAK IAITU PUAK2 PAS.

kak siti said...

Assalamualikum, Cik Ummi.
Saya pernah jumpa ibu Cik Umi dan keluarga Umi. Dan saya juga pernah menghadiri kenduri salah seorang kakak Cik Umi, saya juga tahu tentang abang Cik Umi, Azmin dan isteri dia serta perhubungan intim mereka bersama saudara Anwar.
Jadi saya memang penuh yakin dan menyokong Tun Mahathir dulu memecat saudara Anwar.
InsyaAllah Cik Umi kita harap dengan kuasa Allah dan keyakinan Cik Umi sendiri akan termakbul usaha murni Cik Umi demi negara, bangsa dan agama.
Assalamualaikum.

Anonymous said...

Hai..bertuahnya badan orang yang bernama Ummi Hafida Bt Ali ini. Orangnya cantik, berhati mulia dan berjiwa kental.

Ummi dah kahwin lum?. Kalau belum, saya doakan agar Allah menemukan Ummi dengan orang sehebat Ummi juga. Aminn Ya Robbal Alamiin.

Groom said...

Saya baca tulisan Ummi, saya rasa kagum sangat. Rasa kasihan pun ada.Tabah dan kuatnya hati Ummi..Walaupun jauh beribu batu, saya tetap berdoa agar Ummi terus istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan kebenaran..Sayapun kalau jauh diperantauan ni, kalau saya tertekan atau bermasalah, saya akan telefon mak saya dan minta dia sentiasa berdoa untuk saya..walaupun mak saya jauh, tapi mendengarkan suara dia sahaja sudah menenangkan jiwa saya. Mungkin apa yang saya rasakan, sama dengan Ummi..Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu..Saya rasa mcm nak nangis baca tulisan Ummi, dan tak dapat saya bayangkan bagaimana sedih & luluhnya hati Mak Tom bila anak perempuannya di perlakukan mcm tu...sabarlah makcik..doakan Ummi tabah dan sentiasa diberkati Allah S.W.T dunia & akhirat..amin

Anonymous said...

Hah Kak Ummi...my dad kata, barulah posting nih sng dibaca dan dia xlagi confused dimana dia stop hahhaha.

..Berani kerana benar dan takut kerana salah...

All the best.

Anonymous said...

Pendam yang disimpan 15 tahun sudah meletop harap-harap Azizan sudi menceritakan pengalaman diburu oleh sang pengkhianat nagara...Apa yang terjadi kes arwah isteri Azizan dilanggar dari belakang...harap Azizan tampil tak perlu takut rakyat malaysia dah tahu siapa Anwar...teruskan perjuangan....

Anonymous said...

salam

sewaktu tragedi pemecatan tu, saya baru abis belajor. tetiba nengok ummi jadi main player, ade jugak timbul hairan bin pelik bin ajaib.
ngape ummi hafilda ni beriya-iya sgt nak jatuhkan tmp waktu tu?
sape dia ni? ialah memang tragik sungguh...dlm org tak suka tun m, dan ramai org pula mengharapkan ada pengganti 'berkaliber' tetiba gitu jadi nye..

ummi kena ceritakan SEGALA2NYA kerana ramai yang TIDAK TAHU apa yang terjadi SEBENARNYA.
sungguh kasihan bila org berpelajaran, ustaz, ustazah, profesor, ahli akademik dan org2 yg hebat termakan oleh DAKYAH manusia yg sorang ni.

biar mereka SEDAR bahawa selama mereka ini telah DITIPU dan DIPERMAINKAN dan DIPERGUNAKAN demi kepentingan nafsu dan cita2 manusia tersebut.

saya tak mahu melihat kita/kami/mereka TERUS-TERUSAN DIPERBODOHKAN dgn seribu satu janji dan alasan2 yg tak betul.

doncin cai said...

umi hafilda
salam

tolong sampaikan tulisan ini kepada azmin ali

azmin
salam
ko tak pernah merasa erti kesusahan seperti sebilangan besar dari kami,
jadi ko merasakan dunia ini ko yang punya....
hanya kerana KEMEWAHAN yang di beri oleh anwar, ko sanggup meninggalkan mereka yang merupakan darah daging ko.....
aku sedih sangat dengan tindakan ko... sedangkan keluarga sifu ko, tidak menjadi sedemikian...
arwah ayah ko merupakan seorang yang dihormati ketika hayatnya, kerana mempunyai ilmu ugama yang tinggi dari kami
tetapi ko sanggup mengguris perasaan arwah... aku yakin dengan kebenaran yang di tulis oleh Umi,
KERANA semua adik beradik dan emak ko bersama sama dengan Umi... sudah le tu..apa lagi yang ko nak !
kadang2 aku terfikir bahawa maslow theory memang betul.. bilamana ko udah ada segala galanya, dah khatam banyak kali tentang "dunia" ini, ko nak kan KUASA...
piiiirrahhhhhhh....
sementara emak ko ada, jagai dan hargai lah beliau... jika emak ko pergi dulu, KO AKAN MERASAKAN BAHAWA APA YANG KAU LAKUKAN SEBARANG PERKARA YANG TERBAIK UNTUK BELIAU, RUPA RUPA NYA TIDAK MEMADAI UNTUK MEMBALAS JASA MEREKA TERHADAP KITA... dan ketika itu sudah terlambat....
terima kasih

Panglima Perang Cyber said...

salam ummi.

begitu teruk sekali dugaan dan begitu hebat sekali cabaran yg ditempuh ummi.

moga ramai lagi srikandi di luar sana setabah ummi.

utk memberikan sokongan maka blog ini telah dipaut ke blog Panglima di ruang blog hebat..

harap kita dapat berbalas pautan dan link blog Panglima dipaut di blog ummi juga.

Panglima akan minta kawan2 blogger pautkan blog ummi utk tujuan kisah sedih dan tragis ini diketahui semua.


salam perjuangan demi Islam Melayu Malaysia.

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Arif Omar said...

terus ummi. kami dibelakang anda dengan doa. allah ada. jangan takut. kita berjuang ikut cara kita. teruskan

Anonymous said...

Salam buat semua pembaca blog ni....
Aku hanya akan percaya anwar tak meliwat apabila dia sanggup bersumpah mcm yang shaiful buat. Nik Aziz,tlg ajar anwar cara2 bersumpah ikut Islam..dn kalau nik aziz betul2 perjuangkan agama Islam, dia WAJIB mencegah kemungkaran yang anwar buat.Ataupun nik aziz dh dpt firman Allah mengatakan ALlah telah memaafkan Anwar sebagaimana yg dia fatwakan ttg kes ADUN Selising?ANWAR=BULLSHIT
,AZMIN= MATI PUCUK( sbb bagi bini dia anwar tibai) NIK AZIZ= PENCACAI AGAMA
Teruskan Umi Hafilda dgn pendedahanmu krn dari dulu lagi saya menyokongmu.

Anonymous said...

ANWAR MEMANG PEMUTAR BELIT ABADI.DGN MALAIKAT PUN DIA AKAN KELENTONG( dn minta tangguh bicara spt kata zulkifli nordin )
KALAU BETUL HANG TAK BUAT, BERSUMPAH LAKNAT LAH.BUAT APA MINTA TANGGUH BICARA,MCM ADA SESUATU YANG NAK DISEMBUNYIKAN. APA-APA PUN, YG UNTUNG DAP.TRUST ME

Zek said...

Umi, kalau pada tahun 1998 dulu ada blog sudah pasti suasananya berbeza. Umi akan diserang dan diserang dan diserang kiri, kanan, atas, bawah oleh penyokong2 Anwar. Tetapi dengan takdir Allah masa yang UMI ambil untuk buka blog amat sesuai sekali.

Blog UMI telah menjadi begitu panas. Pengunjung telah sedar siapa Anwar sebenarnya. Mereka tidak boleh ditipu lagi. Mereka sudah boleh berfikir. Cakap Anwar dengan perbuatannya jauh berbeza.
Pakaian Anwar adalah berbohong setiap masa. Kita sudah tidak tahu bila dia bercakap benar.

Seperti kata Zahid Md Arif cucu Tun Ghafar Baba "apabila Anwar buka mulut dia akan berbohong."

Umi,dedahkan apa yang Umi tahu tentang Anwar. Harap2 penyokongnya akan sedar dan insaf dan kembali ke pangkal jalan seperti yang telah berlaku kepada ramai penyokongnya sekarang.

Sampai bila Anwar nak terus menipu. Akhirnya diketahui juga.

Umi, teruskan perjuangan mu untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Assalamualaikum.

nbi_taj3 said...

Saya telah mengikuti perkembangan negara dng rasa insaf dan bersetuju pengkhianatan ini mungkin ada hikmahnya,kita tunggu allah SAW akan menunjukkan jln jln kebenaran.TERUSKAN PERJUANGANMU KITA AKAN BERSAMAMU.

nasir said...
This comment has been removed by the author.
nasir said...

Kepada mereka yang membela Anwar dan menerima segala sumbangan haram wang rakyat, mereka tidak akan terlepas dari azab pedih dari illahi,tunggulah masanya..

Anonymous said...

Salam
Saya dari dulu sampai sekarang, tidak mengerti kenapa ramai orang yang menyokong anwar. Semasa itu saya berumur 26 tahun, Ekonomi memang merundum, saham jatuh, Anwar, relak saja kata ekonomi baik,. Lepas tu Tun pecat dia pasal tingkahlaku dua alam dia, punyalah saya suka. Tak kasihan dan simpati langsung dengan dia. Kalau saya PM, siang2 saya dah pecat dia, alasan tak bijak dan competant sebagai Menteri Kewangan, Tapi saya pelik sampai sekarang, rakyat Malaysia menyokong dia, Hancur ekonomi, Kalau dalam
Islam , nak pilih ketua atau pemimpin mestilah bijak dalam tugasannya, jadi nak tanya hukum tanya Ulama bukan org yg tak tahu hukum atau org bukan Islam seperti puak Pas yg embiarkan org kafir senang2 baca tafsiran quran sedangkan mereka sendiri tidak percaya dgn Al-quran, Jadi pada msa itu , penasihat2 Anwar dalam menteri Kewangan pun tak dapat menasihati dia atau sama2 bodoh. Jadi memang layak dia kena pecat. Kalau di luar negeri, seperti Jepun atau US, Anwar dah lama disuruh letak jawantan dan tak timbul rasa simpati sebab dia memang banyak membuat kesilapan semasa dalam Menteri Kewangan, Saya begitu pelik kenapa rakyat Malaysia bersimpati dan masih mahukan Anwar, samada yg berpindidikan tinggi dan rendah.Ini
salah. simpati yang tak bertempat.satu malaysia kecoh sebab dia kena pecat tapi lupa tentang ekonomi negera yang tenat semasa dalam pentadbiran. sekarang yang rugi rakyat Malaysia,Rakyat Malaysia mudah lupa dan tidak bijak. Tetapi masih belum terlambat, Terimakasih Umi

Mat Yee said...

Umi saya rasa umi kena buat laporan kat SPRM / Polis kerana banyak bukti jelas yang Umi kemukakan disini.
Umi boleh jadi saksi utama....

Anonymous said...

salam ummi

pengalaman ummi sungguh luar biasa dan saya percaya tak pernah berlaku kpd mana-mana individu lain di malaysia ini, jadi apa kata ummi tulis buku, saya pasti meletup dan akan jadi best seller di abad ini...:)

cruzzdavid@gmail.com said...

Salam... kak Umi...

Sewaktu pemecatan Anwar pada tahun 1998, saya bersekolah tingkatan 2 seusia 14 tahun saya sudah mampu menilai siapa Anwar sebenarnya. Anwar sanggup melihat anak bangsanya berpecah dengan melakukan gerakan reformasi jalanan, & waktu tu saya dah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ni... kalau dia sayangkan anak bangsanya, dia tak akan tegar melihat anak bangsanya berpecah belah dengan terus menerus melakukan gerakan reformasi... Waktu tue saya bertanyakan diri sendiri, kalau betulpun dia tak bersalah, sebagai seorang pemimpin agung, dia tak akan tegar atau sanggup melihat anak bangsa berpecah belah... Dan waktu tu la saya & keluarga saya memutuskan untuk memberikan sokongan penuh kepada Tun M & kak Umi... & kak Umi tidak keseorangan waktu itu.... masih ada lagi insan2 seperti kami yang sentiasa berdoa agar kebenaran akhirnya akan terbuka jua akhirnya & menyokong Tun M & kak Umi...

Untuk pengetahuan kak Umi, bukan kak Umi sahaja yang dihentam & kak Umi tidak keseorangan waktu itu...

Saya pada ketika itu penyokong kuat Tun M turut dihentam dgn caci maki & hinaan oleh rakan2 sekolah termasuk cikgu2 yang ekstrimis dgn Anwar Ibrahim... Mereka semua pelik pada saya kenapa harus menyokong Tun Mahathir & Umi Hafilda yang pada ketika itu mereka gelar sebagai 'mahafiraun" & mcm2 gelaran yang sgt biadab!!

Saya sudah mengenali kak Umi pada tahun 1998 & Alhamdulillah kini kak Umi muncul kembali untuk merungkai segala rahsia yang ramai manusia di muka bumi Malaysia yang masih tidak tahu... Teruskan perjuangan mu...